BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 23, 2009

Mirwana ‘Bumi Akhir Usia’

Setelah hampir 4 tahun tidak menghasilkan album, kini kumpulan Mirwana tampil dengan buah tangan terbaru iaitu sebuah album berjudul ‘Bumi Akhir Usia’. Album ini menghidangkan lagu-lagu terbaru hasil karya dan ciptaan Mirwana sendiri yang jelas menampilkan pelbagai pembaharuan dari sudut persembahan vokal solo dan harmoni berkumpulan yang lebih agresif serta mengetengahkan susunan muzik yang rata-rata bercorak eksperimental pop segar. Selain itu, gaya penampilan dan imej baru yang jauh lebih santai jelas menggambarkan halatuju terkini kumpulan Mirwana yang mensasarkan pendekatan lebih terbuka dalam menyampaikan mesej-mesej positif melalui hiburan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat awal remaja hingga dewasa sebagai kumpulan sasaran utama.
Judul ‘Bumi Akhir Usia’ dipilih sebagai tema album ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej bercorak kemanusiaan, ketuhanan dan kasih sayang sesama manusia melalui ekspresi lagu-lagu karya dan ciptaan anggota-anggota Mirwana sendiri sekaligus cuba menyuntik kesedaran kepada masyarakat umum berfikir tentang kehidupan manusia sejagat yang kini semakin terancam dengan peperangan, penindasan etnik, gejala sosial, jenayah berleluasa, pencemaran alam sekitar, fenomena bencana alam dan sebagainya yang tanpa ragu mengheret kita kepada kehancuran dunia yang semakin tua dan uzur. Di sini sekali lagi Mirwana mengajak pendengar untuk kembali kepada Tuhan yang Maha berkuasa, pemilik dan pencipta alam semesta ini.

Album yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Mirwana dan pendengar-pendengar muzik tempatan ini juga membariskan beberapa nama-nama besar dalam industri muzik tempatan yang melibatkan diri dalam pembikinan produk ini seperti Belle Fatah, Yasin Sulaiman, Fauzi Marzuki, Mohar, Trabye, Shazee Ishak, AG Coco, Noh Hujan, Shahrul Ekamatra, Rody Kristal, Zain Almohdzar, Azham Ahmad, Ed Kudeita, Shamir Supaat, Shady ZouqSahara, Bonai, Greg@Syafiq Henderson dan CL Toh. Di dalam album ini Mirwana juga membuat kolaborasi dengan kumpulan Indie popular masa kini iaitu Hujan dalam lagu yang dijangka hit berjudul ‘Tika masanya’. Selain itu, Mirwana juga turut menampilkan Shazee dan DJ Erwan dalam lagu ‘Bumi Akhir Usia’ serta mengetengahkan bakat baru iaitu Edry dari kumpulan Demascus dalam lagu ‘Bukti Cinta’.

Secara keseluruhan, album ‘Bumi Akhir Usia’ ini mengandungi 13 trek lagu yang menghidangkan 10 lagu terbaru bertajuk Muhammad S.A.W. ‘The Arrival’, Andaiku Pergi (Versi Retro), Tika Masanya Featuring Hujan, Fana Pesona, Bukti Cinta Featuring Edry Demascus, Kembali PadaMu, Anugerah Istimewa, Jauh, Bumi Akhir Usia Featuring DJ Erwan & Shazee dan Cahaya Kekasih disamping menampilkan 3 trek lagu bonus iaitu Andaiku Pergi (Versi Original), Jauh (Versi Original) dan Andaiku Pergi (Instrumental).

Mirwana merupakan sebuah kumpulan vokal yang mengetengahkan lagu-lagu ketuhanan, kerohanian dan kemanusiaan tetapi dipersembahkan dengan elemen muzik yang lebih kontemporari dan terbuka. Mirwana terdiri daripada 6 anak muda iaitu Ikram, Along, Naim, Hafiz, Izzat dan Akmal.

PUTERIKU SAYANG..

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Sunday, November 22, 2009

Aku tetap aku,aku tetap di sini seperti dulu..

Tiada apa yang menjadi milikku..hanya jasad yang bersifat sementara..keseluruhan hidupku adalah milikMU..tidak akan terlepas walau sesaat pun setiap perbuatanku daripadaMU..setiap detik aku di dalam genggamanMU..setiap ketetapan yang telah KAU tetapkan sepanjang perjalananku di duniaMU tidak aku ketahui..samada ia baik dan buruk semuanya sudah menjadi ketetapanMU..siapalah aku untuk membantahnya??...KAU lebih mengenali diriku lebih dari diriku sendiri..

Setiap degupan jantungku adalah milikMU..setiap derapan langkahku adalah milikMU…setiap amal perbuatanku tidak akan terlepas daripadaMU..KAU MAHA AGUNG..kasih sayangMU padaku tidak terbalas dengan seluruh jiwa ragaku..KAU ZAT YANG MAHA SUCI..pentadbiranMU sangat hebat..aturanMU tiada tandingan..kuasaMU tiada satu pun yang mampu melawannya apatah lagi menentangMU…

Kasih sayangMU pada hamba-hambaMU melebihi kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya…siapalah aku??..KAU jualah penyelamatku di saat kegentinganku..dan padaMU lah tempat aku mengadu setiap kesusahan dan musibah yang menimpaku..kerna aku sedar kau MAHA MENDENGAR..MAHA MENGASIHI…coretanku ini bukan sekadar omong kosong..besarlah hatiku untuk menjadi seorang hamba yang kenal akan PENCIPTANYA..

Selagi jasad dan nyawaku bersatu akan ku cuba tetapkan hatiku agar sentiasa bersamamu..memang besar dugaannya menjadi pencintaMU..hanya padaMU aku serahkan segalanya agar diberikan aku kekuatan..kekuatan yang menjadi nadi kepada sebuah kejayaan…

Friday, November 20, 2009

salam..

Salam..
Pembuka bicara yang terindah ku hadiahkan buat para sahabat..dengan segala kudrat yang ku miliki sekali lagi aku coretkan sekalung kata-kata pena yang menjadi nadi perjuanganku dalam penyampaian sebuah nukilan insan kerdil disisiNYA...
Tiada perkataan yang terindah daripada menyebut kalimah ALLAH..setiap permulaan yang baik merupakan sumber kekuatan kepada sebuah pengakhiran..dihening pagi di waktu penyerahan pengabdian diri kepada ALLAH pun kita sudah menyebut nama ALLAH…sumber ketenangan yang bersifat menyeluruh untuk kesenangan sepanjang hari..sifat ketenangan dalam sebuah kehidupan merupakan milik mereka yang sentiasa basah bibirnya dengan berzikir dan bertahmid memuji Sang Pencipta…..
Tidak indah sebuah cinta kalau tidak berbicara tentangnya setiap hari..begitulah cintanya kita kepada YA RABBUL IZZATI..dengan pengisian rohani yang bersifat pujian2 kepadaNYA pasti akan melembutkan hati dan menambahkan rasa cinta kepadaNYA..di mana pada DIALAH terletaknya segala permulaan dan pengakhiran sebuah kehidupan..dalam dunia yang serba moden ini memang sukar untuk kita melebihkan yang akhirat daripada yang dunia..keseiringan kedua2nya sangatlah perlu kerana terlebihnya dunia akan terjadinya kealpaan pada akhirat…kealpaan pada akhirat pastinya akan membawa pada akhiran yang mengerikan..
Kehebatan iman dan taqwa merupakan sumber kekuatan yang tiada tandingan…kehebatannya tidak akan dimiliki dengan sendirinya…ia perlu digilap dan di didik dalam diri dengan cara penyerahan sepenuh ketaatan kepada ALLAH…dengan penjelasan yang jelas akan membuatkan hati2 yang dahagakan iman akan terpandu menuju kebaikan…

YA ALLAH..
Aku merayu dengan segala kekuatan yang aku miliki ini..
Kau tempatkanlah aku bersama hamba-hambamu yang beriman..
Aku juga hambamu YA ALLAH..
Kasihanilah aku..

(wantaiko)

Wednesday, November 18, 2009

qatrunnada-janji TUHAN

Kalau kamu sudah terkenal,
Jangan lupa asal usul mu
Kalau kamu sudah mahsyur,
Jangan lupa siapa yang mengajarmu
Kalau kamu sudah terkenal,
Ada orang berjasa padamu
Ingat-ingatlah mereka,
Engkau sedar siapa dirimu

Kalau kamu ada nama,
Orang terpesona denganmu
Jangan sampai ingin dipuja,
Jangan sampai ingin gelamor
Kalau kamu popular,
Syukurlah kepada Tuhanmu
Kalau kamu dipuja,
Tanamkanlah rasa malu

Ingatlah Allah yang mentadbirnya,
Yang mentadbir segala-galanya
Begitu juga kemahsyuranmu,
Ada sebab-sebabnya
Ingatlah selalu dimana kamu berada
Kamu selalu dibumi Tuhan
Dimana saja kamu
Yang menaungi adalah langit-Nya

Engkau hirup udaranya,
Engkau bercahaya dari matahari-Nya
Kalau engkau sedari ini,
Sifat sombong hilang padamu
Ingatlah selalu nikmat Tuhan,
Engkau sedar siapa dirimu
Orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan
Satu masa nanti Allah cabut nikmat darinya

Alhamdulillah segala urusan hari ni di mudahkanNYA…rasa macam dah lama jer x update blog aku ni..di saat kelapangan masa yang ada ni boleh la aku spend kan sedikit masa untuk berkongsi apa yang patut..untuk post ni aku xnak guna ayat berbunga2 sangat..biar ia lebih bersifat santai..mudah untuk kawan2 memahaminya..hehe..ermm…
Malam ni nak citer pasal siapa kita..nampak mcm gempak je kan tajuk dia..but terpulang la pada yang menilainya..sudah menjadi lumrah kejadian insan di mana tiba satu masa kita akan bertanya pada diri siapa sebenarnya kita..kenapa kita di sini..di mana matlamatnya…kalau korang pernah terfikir kan segala persoalan ni maknanya korang memang dah matang la tu…hehe..(dah besor!!)

Bukan semua di kalangan kita semua yang memikirkan tentang masa depan..cuba lihat dalam konteks budaya remaja sekarang terutamanya bagi mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita..perjuangan bangsa yang sering di laung2kan pemimpin tidak lagi seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bangsa melayu yang kebanyakannya sudah terikut2 dengan budaya barat..media massa yang semakin canggih nampaknya semakin menyempitkan lagi perkembangan pemikiran bangsa melayu..sebab kenapa aku kata macam tu???..sebabnya kalau korang perasanlah..huhu…mostly citer kat tv tu berapa percent sangat yang bersifat ilmiah ataupun berbentuk perkongsian ilmu.???try jawap…haha..

Kalau dah 24jam kepala dah di sumbatkan dengan hiburan bila masanya kita nak fikirkan tentang masa depan??..masa depan yang bukan hanya untuk kepentingan kita tapi juga untuk generasi masa depan..apa yang korang nak citer nanti kat anak2 korang tentang kehebatan bangsa kita??..x kan nak cerita pasal tuah lawan jebat kot..hihihi…fikir2kan lah..

Kalau nak lahirkan generasi yang cemerlang kita mestilah bermula daripada sekarang..bukan saling berpandangan antara satu sama lain..dahulukan tindakan yang berkesan untuk memberikan impak positif supaya boleh diikuti ramai orang..usaha kearah itu mestilah menyeluruh..terutamanya media massa..nak salahkan media sgt pun xboleh jugak…yang JAGA media ni kena sedarlah tanggungjawab diorang..sebab diorang ni la penentu kepada kecemerlangan pemikiran mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita…

Kita selalu lihat di mana2 laungan hidup melayu selalu digembar-gemburkan untuk menjaga martabat bangsa melayu..tapi kan..cuba korang fikir elok2…apalah gunanya kalau hebat hanya pada nama bangsa melayu sedangkan agama di abaikan..rezeki dan rahmat tu datang daripada siapa??..sepatutnya mana yang perlu di didahulukan dulu..??
Oklah…aku mintak diri dulu..fikir2kanlah yea…