BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 9, 2009

Salam ukhwah untuk para sahabat…

Aku sering melihat pada satu sudut di mana akan hadir keseronokan jika kita melakukan sesuatu kerja dengan penuh rasa kesungguhan dan beristiqamah. Pengalaman atas dasar perbuatan mengajarkan kita satu erti kehidupan melalui satu lorong perjalanan. Membentuk disiplin rohaniah merupakan satu cabaran yang sangat hebat kerana bukan semua antara kita yang mampu menjadi yang terhebat dalam melawan serangan-serangan yang bersifat lahiriah. Pembentukan individu yang sempurna bermula daripada penjagaan jiwa roh yang semestinya diiringi dengan ramuan-ramuan ibadat kepada ALLAH. Rasa kegentaran kepada Sang Pencipta akan menjadikan kita sentiasa berjaga-jaga dengan penuh rasa ketaatan dan kesedaran. Kesannya bukan sahaja kita menjadi seorang hamba yang taat kepada Yang Mutlak malahan kita juga akan disayangi didunia kerana hati dan jiwa kita merasai ketakutan pada Yang Maha Melihat sekaligus akan membawa kita kepada satu jiwa yang bersifat disiplin….
FIKIR-FIKIRKAN…

0 comments: