BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 26, 2010


sahabat baik..bersama selamanya..


baju nak sama..


baru balik dari berfoya-foya bersama kawan2...hehe

salam perjuangan..

rsenyerr mcm dah lama x update blog aku ni..btol2 xde mse nak update..Alhamdulillah hari ni diberikan kekuatan utk refresh apa yang patut..aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kwn2 yg sudi menjenguk laman blog yg tidak seberapa ni..thanks jugak pada yg chat..xsangka plak ada gak yg sudi meluangkan masa melawat blog ni..ok la..mintak diri dulu yerr..salam..

Thursday, March 25, 2010

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)

Sunday, February 7, 2010

KASIHNYA IBU

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

AKU MILIKMU

Ku rautkan kerinduan pada segunung pengharapan
Ku hamparkan keresahan sebagai tanda cinta kasihan
Ku tembusi tembok perjalanan agar tercapai seribu impian
Telah aku terbangun dari kekalahan
Yang sekian lama menghimpit perasaan

Ku ukirkan permata cinta dengan zikir memujiMU
Ku rendahkan harga diri demi mencapai cintaMU
KU tautkan rasa rindu tanda kecintaanku padaMU
KU serahkan jiwa raga sebagai penolong untuk merasai rinduMU
Harapan yang sekian lama terbuang kini kembali segar dengan rintihan keinsafan..

YA RAHMAN…YA RAHIM…

KAU tahu apa yang terbuku di segenap ruang kalbuku
KAU tahu setiap langkahku ingin mendapatkan kasihMU
KAU tahu perjuanganku bukan angan-angan pejuang muslihat
Sesungguhnya kau lebih mengetahui niat pengorbananku
KAU lebih mendalami hatiku kerna kau tidak memilih dalam berkasih
Dan aku adalah milikMU…

CINTA ABADI..

Sekian lama kau tersasar jauh
Terbiar gersang seluruh hidupmu
Di mamah kasih yang dahaga cinta
Terkolam sebuah cerita derita

Gelumang kau dalam dosa
Dahagakan kasih sang pencipta
Yang sering kau terlupa
Siapa yang patut kau cinta

Masih ada ruang untuk kau kembali
Andai janji kau turuti
Sebelum nyawa kau di panggil pergi
Kelak nanti nanti kau tak rugi

Sinar keimanan kan terpancar di wajahmu
Sinar yang hilang semasa saat kau melupaiNYA
Taatilah DIA PENCIPTA SEKIAN ALAM
YANG PASTI AKHIRNYA KITA AKAN MENEMUI CINTA ABADI……

Saturday, February 6, 2010

ISLAM YANG TELAH BERKEMBANG

Islam Yang Telah Berkembang
Laksana Bunga Yang Indah
Yang Berkembang Mekar Harum Mewangi
Tumbuhnya Memenuhi Bumi 2x

Tumbuhnya Memenuhi Bumi
Lembah dan Tanah Yang Tinggi
Kesuburan itu Telah Dibajai
Oleh Darah Para Syuhada

Kembangnya itu Telah Sirami Oleh Air Peluh Oleh Mujahid
Tamannya itu Telah Dipagari Oleh Para Mujaddid dan Mujtahid
Paduan Kita Diambil Dari Al Quran Sunnah Rasulullah 2x

Berkumandanglah Kalimah Toyyibah Dari Pembela Agama Kebenaran
Keindahan Islam Telah Terpancar Oleh Kaya dan Pemurah
Ibarat Air Mengalir Deras
Derumannya Bagai Mencurah-curah 2x

SIFAT SEBUAH KEBEBASAN

Kebebasan yang berada di mana2 menjadikan dunia terasa seperti satu khayalan..pabila pandangan mata melihat jauh pada satu permandangan yang indah hati akan terdetik mengatakan ada penciptanya pada setiap keindahan..tp kadang2 keindahan ini akan melalaikan pemikiran yang leka…satu kebebasan menjadikan diri terkesumat inginkan kesenangan..yang mana sifatnya menyatukan keseronokan lahiriah dan rohaniah..bukan semua yang di pandang itu indah…itu yang perlu selalu diri mengingatkan akal yang mengawal perbuatan..istilah yang bermacam2 dapat kita lihat yang mana setiap darinya telah sedang mencuba dengan sedaya upaya untuk menggambarkan kepada umat manusia betapa indahnya sebuah erti kebebasan..

Untuk terkeliru dalam satu jalan persinggahan terlalu mudah…kerana bekalan yang cukup saja yang mampu mengawal tingkah dan akibat daripada pelbagai amalan yang kita lakukan semasa di tempatkan di satu tempat persinggahan..kebebasan yang dimiliki bukanlah kekal sifatnya..dan juga bukanlah itu yang terindah bagi kita…di satu sudut intelektual pula pelbagai ungkapan dan catitan telah berlaku untuk mengingatkan pada yang akan datang tentang kebebasan..tapi sayang kerana bukan semua yang menghargai dan mengambil tahu tentang betapa pentingnya pengajaran yang pasti memandukan kesedaran..

Berangan dan berangan..haha..sering menjadi siulan rakyat keseluruhan..kisah mat jenin yang mati kerana berangan sangat menakutkan..tapi sebenarnya terselit satu peringatan yang tersirat jika ada yang terlihat..terlihat akan satu gambaran tentang perancangan tentang masa depan yang perlu dan patut ada dalam diri seseorang..

Sunday, January 10, 2010

SALAM HARI MINGGU

Salam hari minggu…pada hari minggu macam ni memang banyak aktiviti yang boleh kita buat..setelah 5@6 hari kita penat berkerja hari ini lah masa yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta ataupun mendapatkan rehat secukupnya..sudah pastinya pelbagai aktiviti telah di rancang oleh anda semua untuk memastikan perjalanan hari ini berjalan dengan sebaiknya..kepada yang sudah berkeluarga mestilah masing2 mahu membawa keluarga mereka pergi makan angin ataupun berkelah bagi menghilangkan bosan anak2 dihujung minggu..

Pada yang bujang mestilah hujung minggu ini digunakan untuk servis kereta ke…basuh kereta ker..ataupun melepak bersama kawan2..huhu..kereta kan jiwa org lelaki..haha..pada si gadis lak apa lagi nak buat hujung2 minggu ni kalau bukan bershopping..kalau pergi ke mana2 hypermarket boleh di katakan hampir 70% kedai2 di sana menjual pakaian dan aksesori wanita..ermm..renung2kan.

Tapi di saat keseronokan bercuti di hujung minggu kita mestilah sedar dan ingat tentang keselamatan jugak..elakkan dari melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan anda…nanti x pasal2 on MC lak..huhu..bertambah plak cuti anda nanti..


Okey la…selamat bercuti n jangan tinggal solat k…

Thursday, January 7, 2010

Di pagi khamis yang indah..

Salam pembuka bicara…di pagi khamis yang murni ni aku telah melangkah seorang diri ke kedai mamak untuk merasai nikmat hirupan teh tarik yang tiada tandingannya dengan minuman lain..hehe..dengan senyuman yang meleret aku melihat sekeliling..pergghhh..melilau mata aku bila tgk gelagat rakyat jelata yang masing2 berkejar ke tempat kerja..masing2 ada agenda yang tersendiri yang pasti sudah dirancang awal supaya perjalanan hari ini berjalan baik….hari ni aku masuk kerja pukul 2ptg..so,agak melepak jugak la pagi2 hari ni..huhu..

Duduk umah sewa dengan budak2 uitm mcm ni la…pagi2 lagi diorang dah tinggalkan aku keseorangan..ermm..semua dah gerak ke kampus..layan jiwang jela sorang2..dulu masa zaman belajar dulu aku mcm diorang jugak..bz memanjang..sampai tahap nak termuntah ngadap nota2 n assignment yang berlambak..haha…kehidupan di kampus yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan kesungguhan..


Okey la..selamat menjalani hari2 yang terindah di muka bumi ALLAH ini…amin..SALAM..

selamat tahun baru...

Sedar x sedar kita dah melangkah ke tahun baru meninggalkan seribu kenangan di tahun 2009 yang tidak mungkin akan kembali lagi sampai bila2…huhu..sedih gak ek nak tinggalkan kenangan..setiap orang mesti ada azam nyer sendiri pada tahun 2010 ni kan..tahun baru la katakan..bukan senang nak berazam ni coz azam tu perlulah seiring dengan tindakan..contoh kata kalau kita teringin nak makan nasi..mana boleh nasi sampai ke mulut tanpa kita sendiri yang mengambilnya dan suapkan ke mulut…hahaha..pada tahun baru ni jugak semakin meningkatlah umur kita semua..yang kanak-kanak dah jadi remaja..yang remaja dah jadi dewasa..yang dewasa semakin dewasa..hehe..dan yang tua semakin bergaya…cewaahhh..bangga la tu yang tua..haha..
Apa yang bakal berlaku di tahun ini tiada siapa pun tahu..ermm..samada ia baik atau buruk kita sama2 kena bersiap sedia untuk menghadapinya kan..bukan senang nak merancang yang terbaik untuk diri sendiri kalau xde semangat keazaman yang kuat..hehe..rasa2nya mesti ramai yang xdapat capai azam diorang on the last year..but it is okey..jadikan kegagalan itu sebagai pemangkin untuk kejayaan tahun depan..waa..ayat xtahan..
Okey la..selamat tahun baru…

*jangan lupa bulan2 islam….huhu