BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 23, 2009

Mirwana ‘Bumi Akhir Usia’

Setelah hampir 4 tahun tidak menghasilkan album, kini kumpulan Mirwana tampil dengan buah tangan terbaru iaitu sebuah album berjudul ‘Bumi Akhir Usia’. Album ini menghidangkan lagu-lagu terbaru hasil karya dan ciptaan Mirwana sendiri yang jelas menampilkan pelbagai pembaharuan dari sudut persembahan vokal solo dan harmoni berkumpulan yang lebih agresif serta mengetengahkan susunan muzik yang rata-rata bercorak eksperimental pop segar. Selain itu, gaya penampilan dan imej baru yang jauh lebih santai jelas menggambarkan halatuju terkini kumpulan Mirwana yang mensasarkan pendekatan lebih terbuka dalam menyampaikan mesej-mesej positif melalui hiburan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat awal remaja hingga dewasa sebagai kumpulan sasaran utama.
Judul ‘Bumi Akhir Usia’ dipilih sebagai tema album ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej bercorak kemanusiaan, ketuhanan dan kasih sayang sesama manusia melalui ekspresi lagu-lagu karya dan ciptaan anggota-anggota Mirwana sendiri sekaligus cuba menyuntik kesedaran kepada masyarakat umum berfikir tentang kehidupan manusia sejagat yang kini semakin terancam dengan peperangan, penindasan etnik, gejala sosial, jenayah berleluasa, pencemaran alam sekitar, fenomena bencana alam dan sebagainya yang tanpa ragu mengheret kita kepada kehancuran dunia yang semakin tua dan uzur. Di sini sekali lagi Mirwana mengajak pendengar untuk kembali kepada Tuhan yang Maha berkuasa, pemilik dan pencipta alam semesta ini.

Album yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Mirwana dan pendengar-pendengar muzik tempatan ini juga membariskan beberapa nama-nama besar dalam industri muzik tempatan yang melibatkan diri dalam pembikinan produk ini seperti Belle Fatah, Yasin Sulaiman, Fauzi Marzuki, Mohar, Trabye, Shazee Ishak, AG Coco, Noh Hujan, Shahrul Ekamatra, Rody Kristal, Zain Almohdzar, Azham Ahmad, Ed Kudeita, Shamir Supaat, Shady ZouqSahara, Bonai, Greg@Syafiq Henderson dan CL Toh. Di dalam album ini Mirwana juga membuat kolaborasi dengan kumpulan Indie popular masa kini iaitu Hujan dalam lagu yang dijangka hit berjudul ‘Tika masanya’. Selain itu, Mirwana juga turut menampilkan Shazee dan DJ Erwan dalam lagu ‘Bumi Akhir Usia’ serta mengetengahkan bakat baru iaitu Edry dari kumpulan Demascus dalam lagu ‘Bukti Cinta’.

Secara keseluruhan, album ‘Bumi Akhir Usia’ ini mengandungi 13 trek lagu yang menghidangkan 10 lagu terbaru bertajuk Muhammad S.A.W. ‘The Arrival’, Andaiku Pergi (Versi Retro), Tika Masanya Featuring Hujan, Fana Pesona, Bukti Cinta Featuring Edry Demascus, Kembali PadaMu, Anugerah Istimewa, Jauh, Bumi Akhir Usia Featuring DJ Erwan & Shazee dan Cahaya Kekasih disamping menampilkan 3 trek lagu bonus iaitu Andaiku Pergi (Versi Original), Jauh (Versi Original) dan Andaiku Pergi (Instrumental).

Mirwana merupakan sebuah kumpulan vokal yang mengetengahkan lagu-lagu ketuhanan, kerohanian dan kemanusiaan tetapi dipersembahkan dengan elemen muzik yang lebih kontemporari dan terbuka. Mirwana terdiri daripada 6 anak muda iaitu Ikram, Along, Naim, Hafiz, Izzat dan Akmal.

PUTERIKU SAYANG..

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Sunday, November 22, 2009

Aku tetap aku,aku tetap di sini seperti dulu..

Tiada apa yang menjadi milikku..hanya jasad yang bersifat sementara..keseluruhan hidupku adalah milikMU..tidak akan terlepas walau sesaat pun setiap perbuatanku daripadaMU..setiap detik aku di dalam genggamanMU..setiap ketetapan yang telah KAU tetapkan sepanjang perjalananku di duniaMU tidak aku ketahui..samada ia baik dan buruk semuanya sudah menjadi ketetapanMU..siapalah aku untuk membantahnya??...KAU lebih mengenali diriku lebih dari diriku sendiri..

Setiap degupan jantungku adalah milikMU..setiap derapan langkahku adalah milikMU…setiap amal perbuatanku tidak akan terlepas daripadaMU..KAU MAHA AGUNG..kasih sayangMU padaku tidak terbalas dengan seluruh jiwa ragaku..KAU ZAT YANG MAHA SUCI..pentadbiranMU sangat hebat..aturanMU tiada tandingan..kuasaMU tiada satu pun yang mampu melawannya apatah lagi menentangMU…

Kasih sayangMU pada hamba-hambaMU melebihi kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya…siapalah aku??..KAU jualah penyelamatku di saat kegentinganku..dan padaMU lah tempat aku mengadu setiap kesusahan dan musibah yang menimpaku..kerna aku sedar kau MAHA MENDENGAR..MAHA MENGASIHI…coretanku ini bukan sekadar omong kosong..besarlah hatiku untuk menjadi seorang hamba yang kenal akan PENCIPTANYA..

Selagi jasad dan nyawaku bersatu akan ku cuba tetapkan hatiku agar sentiasa bersamamu..memang besar dugaannya menjadi pencintaMU..hanya padaMU aku serahkan segalanya agar diberikan aku kekuatan..kekuatan yang menjadi nadi kepada sebuah kejayaan…

Friday, November 20, 2009

salam..

Salam..
Pembuka bicara yang terindah ku hadiahkan buat para sahabat..dengan segala kudrat yang ku miliki sekali lagi aku coretkan sekalung kata-kata pena yang menjadi nadi perjuanganku dalam penyampaian sebuah nukilan insan kerdil disisiNYA...
Tiada perkataan yang terindah daripada menyebut kalimah ALLAH..setiap permulaan yang baik merupakan sumber kekuatan kepada sebuah pengakhiran..dihening pagi di waktu penyerahan pengabdian diri kepada ALLAH pun kita sudah menyebut nama ALLAH…sumber ketenangan yang bersifat menyeluruh untuk kesenangan sepanjang hari..sifat ketenangan dalam sebuah kehidupan merupakan milik mereka yang sentiasa basah bibirnya dengan berzikir dan bertahmid memuji Sang Pencipta…..
Tidak indah sebuah cinta kalau tidak berbicara tentangnya setiap hari..begitulah cintanya kita kepada YA RABBUL IZZATI..dengan pengisian rohani yang bersifat pujian2 kepadaNYA pasti akan melembutkan hati dan menambahkan rasa cinta kepadaNYA..di mana pada DIALAH terletaknya segala permulaan dan pengakhiran sebuah kehidupan..dalam dunia yang serba moden ini memang sukar untuk kita melebihkan yang akhirat daripada yang dunia..keseiringan kedua2nya sangatlah perlu kerana terlebihnya dunia akan terjadinya kealpaan pada akhirat…kealpaan pada akhirat pastinya akan membawa pada akhiran yang mengerikan..
Kehebatan iman dan taqwa merupakan sumber kekuatan yang tiada tandingan…kehebatannya tidak akan dimiliki dengan sendirinya…ia perlu digilap dan di didik dalam diri dengan cara penyerahan sepenuh ketaatan kepada ALLAH…dengan penjelasan yang jelas akan membuatkan hati2 yang dahagakan iman akan terpandu menuju kebaikan…

YA ALLAH..
Aku merayu dengan segala kekuatan yang aku miliki ini..
Kau tempatkanlah aku bersama hamba-hambamu yang beriman..
Aku juga hambamu YA ALLAH..
Kasihanilah aku..

(wantaiko)

Wednesday, November 18, 2009

qatrunnada-janji TUHAN

Kalau kamu sudah terkenal,
Jangan lupa asal usul mu
Kalau kamu sudah mahsyur,
Jangan lupa siapa yang mengajarmu
Kalau kamu sudah terkenal,
Ada orang berjasa padamu
Ingat-ingatlah mereka,
Engkau sedar siapa dirimu

Kalau kamu ada nama,
Orang terpesona denganmu
Jangan sampai ingin dipuja,
Jangan sampai ingin gelamor
Kalau kamu popular,
Syukurlah kepada Tuhanmu
Kalau kamu dipuja,
Tanamkanlah rasa malu

Ingatlah Allah yang mentadbirnya,
Yang mentadbir segala-galanya
Begitu juga kemahsyuranmu,
Ada sebab-sebabnya
Ingatlah selalu dimana kamu berada
Kamu selalu dibumi Tuhan
Dimana saja kamu
Yang menaungi adalah langit-Nya

Engkau hirup udaranya,
Engkau bercahaya dari matahari-Nya
Kalau engkau sedari ini,
Sifat sombong hilang padamu
Ingatlah selalu nikmat Tuhan,
Engkau sedar siapa dirimu
Orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan
Satu masa nanti Allah cabut nikmat darinya

Alhamdulillah segala urusan hari ni di mudahkanNYA…rasa macam dah lama jer x update blog aku ni..di saat kelapangan masa yang ada ni boleh la aku spend kan sedikit masa untuk berkongsi apa yang patut..untuk post ni aku xnak guna ayat berbunga2 sangat..biar ia lebih bersifat santai..mudah untuk kawan2 memahaminya..hehe..ermm…
Malam ni nak citer pasal siapa kita..nampak mcm gempak je kan tajuk dia..but terpulang la pada yang menilainya..sudah menjadi lumrah kejadian insan di mana tiba satu masa kita akan bertanya pada diri siapa sebenarnya kita..kenapa kita di sini..di mana matlamatnya…kalau korang pernah terfikir kan segala persoalan ni maknanya korang memang dah matang la tu…hehe..(dah besor!!)

Bukan semua di kalangan kita semua yang memikirkan tentang masa depan..cuba lihat dalam konteks budaya remaja sekarang terutamanya bagi mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita..perjuangan bangsa yang sering di laung2kan pemimpin tidak lagi seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bangsa melayu yang kebanyakannya sudah terikut2 dengan budaya barat..media massa yang semakin canggih nampaknya semakin menyempitkan lagi perkembangan pemikiran bangsa melayu..sebab kenapa aku kata macam tu???..sebabnya kalau korang perasanlah..huhu…mostly citer kat tv tu berapa percent sangat yang bersifat ilmiah ataupun berbentuk perkongsian ilmu.???try jawap…haha..

Kalau dah 24jam kepala dah di sumbatkan dengan hiburan bila masanya kita nak fikirkan tentang masa depan??..masa depan yang bukan hanya untuk kepentingan kita tapi juga untuk generasi masa depan..apa yang korang nak citer nanti kat anak2 korang tentang kehebatan bangsa kita??..x kan nak cerita pasal tuah lawan jebat kot..hihihi…fikir2kan lah..

Kalau nak lahirkan generasi yang cemerlang kita mestilah bermula daripada sekarang..bukan saling berpandangan antara satu sama lain..dahulukan tindakan yang berkesan untuk memberikan impak positif supaya boleh diikuti ramai orang..usaha kearah itu mestilah menyeluruh..terutamanya media massa..nak salahkan media sgt pun xboleh jugak…yang JAGA media ni kena sedarlah tanggungjawab diorang..sebab diorang ni la penentu kepada kecemerlangan pemikiran mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita…

Kita selalu lihat di mana2 laungan hidup melayu selalu digembar-gemburkan untuk menjaga martabat bangsa melayu..tapi kan..cuba korang fikir elok2…apalah gunanya kalau hebat hanya pada nama bangsa melayu sedangkan agama di abaikan..rezeki dan rahmat tu datang daripada siapa??..sepatutnya mana yang perlu di didahulukan dulu..??
Oklah…aku mintak diri dulu..fikir2kanlah yea…

Wednesday, October 21, 2009

MATI...

Mati…
Ringkas baris perkataanya..membawa makna yang sangat bermakna..menjadikan hati yang tenang menjadi gentar bila teringatkannya..ia bisa melembutkan hati-hati yang keras menjadi lembut taat akan perintahNYA..seluruh alam telah diberi amaran tentang akan kedatangannya yang tiada sebarang tanda..mana mungkin akan terlepas daripadanya…hebat..sangat-sangat hebat…kerana kau bisa menitiskan air mata hamba-hambaNYA yang cintakan Akhirat...terkenangkan nasib diri di saat kau tiba menuntut segala janji-janji Pencipta…

Mati
Tiada kata yang lebih menggerunkan andai aku yang menjadi giliranmu..sehebat mana pun aku, aku akan merasai engkau wahai mati…sudah menjadi ketetapan yang Maha Esa engkau la pengakhiran hidup seluruh makhlukNYA di atas muka bumi PEMILIK MUTLAK ALAM INI…aku akan kau tinggalkan sendirian sebelum hari penentuan bersama dengan amalan-amalanku semasa hayat..bahagialah aku di sana andai amalanku menepati amalan Rasulullah, sahabat-sahabat dan para tabi’in..TAPI...siapalah aku?? yang sering tewas dengan pujukan dunia..yang terlalu cintakan dunia lebih daripada segalanya..

Mati…
Di waktu ini kau ku jadikan kekuatan untuk kembali mentaatiNYA…aku takut kegelinciran ku akan berterusan tanpa panduan..aku takut saat kematianku bukan seperti yang aku harapkan..seperti mana harapan seluruh hamba-hambaMu YA ALLAH..yang sangat menggeruni akan neraka-nerakaMu yang berbagai bentuk penyeksaan telah kau sediakan bagi hambaMU yang sengaja melupakanMU…aku takut YA ALLAH..aku ingin menjadi seperti mereka-mereka yang mencintaimu…cinta yang melebihi cinta manusia, yang menjadi benteng pada cinta dunia yang melalaikan..kerana semuanya pasti akan berlaku..seperti yang telah KAU tentukan..

YA RABBUL IZZATI……..
Siapalah aku disisiMU..seorang pahlawan di akhir zaman yang kerap kali terjatuh dan terpaksa bangun kembali bagi meneruskan kesinambungan para pencinta dakwah..sebagai pengakhiran kepada sebuah peringatan..
YA ALLAH PENCIPTA SEKALIAN ALAM pabila tiba saat kematianku dan semua para pejuang agamaMU..matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah..AMIN YA RABBAL ALAMIN…

-WANTAIKO-

Sunday, October 18, 2009

ITULAH AKU




Aku seringkali terlupa..
Aku selalu lalai leka
Aku miliki hati yang susah mengingatiNYA
Aku hidup dalam keseronokan dunia
Semuanya yang bersifat sementara

Tiada apa yang akan aku miliki cuma dosa dunia yang lekat terpahat
Syurga dunia yang sementara membutakan mataku pada syurga akhirat
Melihat semua kejadian tanpa memikirkan Sang Pencipta
Hati ini rasa kotor dalam lumpur-lumpur dosa
Siapalah aku di sisiNYA pada hari pembalasan kelak

161. Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat la`nat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. Al Baqarah

Tercengkam rasa takut dalam hati ini di saat diri terdakwah dengan pencinta akhirat
Menceritakan tentang azab-azab ALLAH yang tersedia buat hambanya yang LALAI
Terhidang segala penuh kesengsaraan jika diri ini tergolong bersama mereka yang LUPA
Di hari dihitungkan segala amalan yang pastinya tiada satu pun yang akan terlepas
Buatku terpaku pada segenap ruang yang ada yang pastinya ia tercipta dengan adanya PENCIPTA

Kutitipkan sebuah pengharapan…pabila tiba saat kematianku nanti tergolong aku bersama mereka yang beriman…tenang dan damai sebuah pengabdian bersama ketetapan iman yang terus mekar mengingatiMU…..
YA RABBAL ALAMIN…PENCIPTA KEKAL ALAM INI….

132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Al Baqarah


SEKIAN SECEBIS PERINGATAN -WANTAIKO-

Thursday, October 15, 2009

MANA MILIK KITA????

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

p/s betol2 menginsafkan...

Rasul Ibarat Bulan Purnama

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagiaan mereka
Menuju negeri yang abadi

Sahabat ibarat bintang di langit
Untuk menambah cahaya purnama
Agar bertambah cantik purnama
Untuk menambah cahaya di dunia
Untuk faedah hidup manusia

Para tabiin ibarat obor
Untuk menambah serinya alam

p/s lagu ni betol2 mantap..

Salam..
Lagu terbaru daripada aiman yang tajuknya CINTA TERAKHIR mantap la..lirik lagunya sangat bermakna,susunan muziknya pun agak unik..lirik lagu yang menceritakan harapan sepasang merpati yang bercinta yang ingin hidup bersama hingga ke akhir hayat dan pada masa yang sama meletakkan redha dengan ketentuan Tuhan andai kata hasrat untuk hidup bersama tidak kesampaian…TAPI….cinta tanpa hubungan pernikahan sememangnya dah haram kan…fikir-fikirkanlah..

p/s ; tengah berjihad untuk seseorang..

Wednesday, October 14, 2009

BUAT KAU YANG SEDAR…

Sedang kau dalam lena
Terlupa kau pada Yang Empunya
Pemberi nikmat seisi dunia
Tempat kau letakkan cinta

Sedang kau dalam jaga
Kau tahu kemananya hala
Yang kian ramai hilang punca
Dalam jaga kau menyerah

Hari-hari yang berlalu
Kau rasakan penuh berliku
Kerna kau tahu apa berlaku
Tidak kau damba indah untukmu

Dalam perit kau pantang beralah
Dengan derita kau mampu meredah
Berpegang teguh kau pada kalimah
LA ILAHA ILLALLAH…

(Wantaiko)

Monday, October 12, 2009

Sunday, October 11, 2009

Untukmu yang belum pasti milikku….

Untukmu yang belum pasti milikku….
Kadang2 aku terfikir sendirian atas pendirian dan maksud apa membuatkanku menunggu dan menanti sesuatu yang belum pasti ia milikku..aku tak tahukah atau buat2 tidak tahu,hanya DIA yang tahu..mungkin ada sesuatu yang tersurat yang dirancangNYA..pernah aku berdoa untuk melupakannya tapi siapalah aku….ku sedar masa bukan sesuatu yang bukan boleh diukur untuk melihat kesungguhanku di matanya..tersentak dalam khayalan bila saat aku bukan yang terpilih antara pilihan,tapi seringkali kesungguhan mencabar tangisan agar terus dengan TEKAD kejadian..perkataan yang menjadi sumber kekuatan..
-wantaiko-

cinta terakhir..aiman..

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Friday, October 9, 2009

Salam ukhwah untuk para sahabat…

Aku sering melihat pada satu sudut di mana akan hadir keseronokan jika kita melakukan sesuatu kerja dengan penuh rasa kesungguhan dan beristiqamah. Pengalaman atas dasar perbuatan mengajarkan kita satu erti kehidupan melalui satu lorong perjalanan. Membentuk disiplin rohaniah merupakan satu cabaran yang sangat hebat kerana bukan semua antara kita yang mampu menjadi yang terhebat dalam melawan serangan-serangan yang bersifat lahiriah. Pembentukan individu yang sempurna bermula daripada penjagaan jiwa roh yang semestinya diiringi dengan ramuan-ramuan ibadat kepada ALLAH. Rasa kegentaran kepada Sang Pencipta akan menjadikan kita sentiasa berjaga-jaga dengan penuh rasa ketaatan dan kesedaran. Kesannya bukan sahaja kita menjadi seorang hamba yang taat kepada Yang Mutlak malahan kita juga akan disayangi didunia kerana hati dan jiwa kita merasai ketakutan pada Yang Maha Melihat sekaligus akan membawa kita kepada satu jiwa yang bersifat disiplin….
FIKIR-FIKIRKAN…

Thursday, October 8, 2009

IN TEAM-kepastian

Lirik Kepastian - In Team

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Tuesday, October 6, 2009

hikmah semalam (wantaiko)

HIKMAH SEMALAM

Indah rasa bila dgn tuhan
Tiada lain yg sama dgnnya
Kita semua hanyalah hamba
Akan kembali jua kepadanya

Biar onak bersulam duri
Akn ku tempuh sepenuh hati
Agar beroleh cinta illahi
Yang kian hilang dimamah mentari

Bagai terdengar bisik melambai
Menggamit hati tenang sedamai
Alunan zikir terpahat di hati
Moga bersimpuh kasih abadi

Tinggalkan kenangan semalam
Sebagai satu pengajaran silam
Ingatlah kawan agar kau sedar
Berliku halangan menanti didepan

Rahsia Di Balik Air Mata

RAHSIA DI SEBALIK AIR MATA –wantaiko-

Di saat diri di hadapanMu YA ALLAH, aku memaksa air mata ku ini mengalir untukMu…aku mengaku…terlalu sukar untukku menitiskan air mata ini untuk tunduk pada PEMILIK mutlak alam ini dan seluruh isinya..rasa bersalah pada diri tidak dapat ku tahan lagi….setelah berbagai nikmat yg kau beri,setitis air mata pun tidak dapat ku hadiahkan utkMu…walaupun aku tahu azabMu amatlah pedih…hatiku yang kotor ini tetap keras daripada merasai gerun padaMu, aku tidak berdaya untuk memahami sepenuhnya erti penyesalan…Wahai Tuhan yang memiliki sifat pengasih dan penyayang…dengan penuh rasa kehinaan ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku…berdoa padamu memohon agar engkau mendengar rintihan hambamu yang hina ini…perlahan-lahan ku susun bait-bait lisanku, menggunakan sepenuh kudrat ini menadah tangan mengharap dengan penuh pengharapan agar kau perkenankan doa-doaku …ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu YA ALLAH...lindungilah aku dari azab-azabMu, terlalu banyak dosa-dosaku padaMu..samada secara sedar atau tidak..aku sering alpa dengan pujuk rayu syaitan…acap kali aku berbohong padaMu YA ALLAH…kalau hari ini aku kata ingin berubah untuk mentaatiMu, esok lusa aku akan kembali menderhakaiMu, lemahnya imanku ini Ya ALLAH…bagaimanalah nanti di saat diri ingin menghadapmu..di saat kau menghimpunkan segala amal perbuatan yang pernah aku lakukan di atas muka bumiMu…kepada pemilik yang mutlak …ampunkanlah dosa-dosaku YA ALLAH...aku merayu agar engkau tanamkan kekuatan untukku istiqamah dalam mentaaatiMu..setiap saat bersamaMu,setiap langkah teringtkanMu,setiap ruang dipenuhi sinaran cahaya iman Mu…Ya Allah….kenapa aku tidak mempunyai kekuatan untuk menitiskan air mata ini..aku takut Ya Allah…aku takut kerana keangkuhan ku ini akan mencampakkanku ke dalam neraka-nerakaMU YA ALLAH…kenapa YA ALLAH???..aku mudah saja menangis dengan perkara duniawi..aku malu padaMu YA ALLAH.. hatiku ini telah buta dengan cinta dunia, aku susah untuk mengingatiMu dan menghayati cinta abadi yang kau miliki…Biarlah malam ini menjadi saksi penyerahan cinta ku yang tulus ini padaMu YA ALLAH..HANYA PADAMU KUSERAHKAN SEGALA….

Sejenak kala kau termangu
Kerut gelisah jelas terlukis di wajahmu
Gelisahnya engkau hanya engkau yang rasa
Betapa semalam hidup mu bergelumang dosa
Masih ada lagikah esok untuk mu??

Terasa saat yang berlalu bagaikan tiada simpati
Terpaksa menghabiskan sisa2 hidup seorang diri
Merayu pada yang tidak simpati
Meratap pada haluan fitrah duniawi
Hilang dalam kesunyian cinta ciptaan sendiri…

Andai iman yang kau cari
Hidupmu kan gembira sampai ke mati
Kerana kau yakin siapa yang abadi
Penyesalan bukan penentu andai kau lakukan di kemudian hari
Jiwa muda perlukan iman kekuatan diri…
Sebagai lambang sucinya hati
Agar kita sama-sama memiliki hati-hati pejuang agama ALLAH

Monday, October 5, 2009

show di uitm penang...

keluhan seorang lelaki untuk wanita

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa. Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami?? jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..